Ancaman Pencemaran radioaktif

Dalam dunia semulajadi tidak terdapat radiasi sifar. Bukan hanya diseluruh dunia sentiasa di bom oleh pancaran kosmik, tetapi setiap haiwan hidup di bumi memiliki sejumlah penting karbon-14 dan kebanyakan (termasuk manusia) memiliki sejumlah penting potasium-40. Tahap rendah radiasi tidak lebih merbahaya berbanding cahaya suria, tetapi sebagaimana kuantiti melampau cahaya matahari boleh menjadi merbahaya sama juga tahap melampau radiasi.

Pencemaran tahap rendah

Ancaman kepada manusia dan alam sekitar dari pencemaran radioaktif bergantung kepada sifat pencemaran radioaktif, tahap pencemaran, dan luas mana penyebaran pencemaran. Pencemaran tahap rendah memberi sedikit ancaman, tetapi masih mampu dikesan oleh peralatan radiasi. Dalam kes pencemaran tahap rendah oleh isotop dengan separuh hayat, tindakan terbaik mungkin sekadar membenarkan bahan terurai secara semulajadi. Isotop hayat lebih lama boleh dibersihkan dan dibuang dengan sempurna, kerana walaupun radiasi tahap rendah boleh mengancam nyawa apabila lama terdedah kepadanya.

Pencemaran tahap tinggi

Pencemaran tahap tinggi mungkin memberi risiko tinggi kepada manusia dan alam sekitar. Manusia boleh terdedah kepada tahap radiasi membunuh, secara luaran dan dalaman, dari penyebaran pencemaran selepas kemalangan nuklear (atau permulaan disengajakan) membabitkan sejumlah besar bahan beradioaktif berkuantiti besar. Kesan biologi kepada pendedahan luaran kepada pencemaran radioaktif biasanya sama dengan sumber radiasi luaran tidak membabitkan bahan radioaktif, seperti mesin x-ray, dan bergantung kepada dos diserap.

Kesan biologi

Kesan biologi kepada mendakan radionuklid dalaman bergantung kebanyakannya pada aktiviti dan taburanbio dan kadar penyingkiran radionuklid, yang sebaliknya bergantung kepada bentuk kimianya. Kesan biologi juga mungkin bergantung kepada keracunan kimia bahan termendak, bebas dari keradioaktifannya. Sesetengah radionuklid mungkin tersebar secara umum dalam badan dan disingkirkan dengan pantas, sebagaimana dalam kes air tritiat. Sesetengah organ menumpukan sesetengah unsur dan dengan itu variasi radionuklid unsur tersebut. Tindakan ini mungkin mendorong kepada kadar penyingkiran lebih rendah. Sebagai contoh, kelenjar thyroid menyerap sebahagian besar peratusan iodin yang memasuki tubuh. Sekiranya sejumlah besar iodin beradioaktif dihidu atau ditelan, thyroid mungkin lumpuh atau musnah, sementara tisu lain terjejas pada kadar yang lebih rendah. Iodin beradioaktif adalah hasil fision nuklear biasa; ia merupakan komponen utama radiasi dibebaskan dari akibat bencana Chernobyl, mendorong kepada sembilan kes kematian barah thyroid pediatrik dan hypothyroidism. Sebaliknya, iodin radioaktif digunakan dalam diagnosis dan rawatan kebanyakan penyakit thyroid khususnya kerana pengambilan iodine khas oleh thyroid.